BORONG POMADE MALAYSIA TERBAIK

RAHSIA menjana pendapatan lumayan
dengan POMADE


"Mahu tambah pendapatan?

Ingin berniaga secara online atau offline tetapi tidak pasti nak meniaga apa?

Ada "barber shop" atau kedai dan mahu menambah nilai dengan produk yang boleh menarik pelanggan baru?


Sukacita kami memperkenalkan kepada anda "pomade malaysia terbaik" - rangkaian pomade dan produk Jenin.




Sekarang bukan lagi masa
untuk mencipta alasan !
Tetapi adalah masa yang tepat
untuk mencipta peluang!




Kenapa Pomade?


Tentu anda tertanya-tanya kenapa perlu menjual pomade, kenapa penjual-penjual borong pomade dan jenama-jenama pomade muncul begitu banyak seperti cendawan lepas hujan? Masih relevenkah perniagaan pomade ini?




Fakta #1
"Tahukah anda pada tahun 2015 buat pertama kali dalam sejarah Google, pencarian mengenai gaya rambut lelaki telah mengatasi pencarian berkenaan gaya rambut perempuan"


Fakta #2


"Pomade mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang lelaki, dengan pomade rambut kusut boleh diluruskan dan dikemaskan sesuai dengan gaya lelaki budiman"


borong pomade malaysia



Fakta #3


"Pasaran produk lelaki mempunyai potensi yang cukup tinggi.
Penduduk lelaki di Malaysia sekarang ini melebihi kaum wanita, daripada 31.7 juta rakyat Malaysia,16.4 juta adalah kaum lelaki manakala wanita ialah seramai 15.3 juta*"
*Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2016




Daripada fakta-fakta di atas, kita dapat lihat kenapa pomade sedang menjadi trend pasaran sekarang. Ia adalah satu cabang perniagaan yang menarik untuk diterokai. Walaupun ramai yang menjual pomade, masih ramai juga yang masih tidak kenal apa itu pomade, ini peluang untuk anda mencipta peluang. Ramai juga yang dah mencuba pomade, namun ingin mencuba jenama lain yang lebih baik.





Kenapa Pomade Jenin?


Terlalu banyak jenama dipasaran sekarang yang dijual secara borong hinggakan anda pening yang mana patut anda pilih?
Tidak perlu pening, kami akan terangkan kenapa anda patut memilih untuk memborong pomade Jenin sebagai pendapatan anda.
Pomade jenama Malaysia terbaik.




Fakta #1
"Pomade Jenin diasaskan oleh penjual pomade No 1 Malaysia, Jenin Pomade, beliau adalah antara individu pertama di Malaysia yang mula-mula menjual pomade semenjak tahun 2013. Pada masa itu, ledakan industri pomade di luar negara baru meletus dan Malaysia terkena tempiasnya.
Jenin Pomade bertanggungjawab untuk membawa pelbagai jenama-jenama pomade, minyak jambang, wax misai jenama antarabangsa ke Malaysia. Pengalaman beliau cukup luas di dalam bidang ini. Beliau juga telah berkecimpung di dalam perniagaan online telah lebih 10 tahun dan pernah memegang gelaran "Powerseller eBay" selama beberapa tahun dengan jualan berpuluh ribu ringgit sebulan. Beliau hanya bermula dengan sedozen pomade sahaja.

Hanya Jauhari yang kenal Manikam"


Fakta #2
"Dalam pada menjual pelbagai pomade jenama antarabangsa, beliau mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang mahukan pomade yang murah tetapi berkualiti dan terhasillah Pomade Jenin yang diformulakan sesuai dengan cuaca dan humiditi iklim khatulistiwa seperti di Malaysia"


pomade malaysia



Fakta #3
"Pomade Jenin dibuat di kilang Malaysia yang bertaraf GMP/ISO. Dengan 100% kualiti yang terjamin dan terkawal dan halal.
Tahukah anda banyak pomade jenama Malaysia sebenarnya dibuat di negara China dan hanya ditampal label bila sampai di Malaysia? Banyak juga kandungannya hanyalah gel rambut tetapi dilabel sebagai pomade.
Pomade Jenin adalah pomade yang sebenarnya."


Fakta #4
"Pomade Jenin telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi setiap produknya. Banyak jenama pomade di pasaran yang tidak mendapat kelulusan ini, mungkin disebabkan kilang yang membuatnya tiada sijil GMP/ISO.
Hati-hati, mungkin akan timbul masalah kepada pengguna yang menggunakan produk yang tidak berdaftar dan anda sebagai penjual akan dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa.




Fakta #5
"Kenapa pentingnya kelulusan KKM?
Semua produk kosmetik termasuk pomade wajib mendapat kelulusan daripada KKM sebelum dipasarkan di pasaran Malaysia.
Produk yang tidak berdaftar mempunyai pelbagai risiko. Produk tersebut tidak mengishtiharkan kandungannya yang mungkin akan menyebabkan bahaya menggunanya, anda juga menanggung risiko menjualnya, KKM telah menjalankan banyak operasi dan banyak mengambil tindakan ke atas penjual-penjual pomade yang tidak berdaftar ini.
Hukuman? Maksimum RM100 ribu denda"


Fakta #6
"Pomade Jenin telah menembusi pasaran antarabangsa. Anda boleh lihat listing pomade ini di Amazon.com, bukan senang untuk memasuki pasaran anatarbangsa kerana kawalan ketat dari segi kualiti produk"





Fakta #7
"Kandungan Pomade Jenin adalah 100% halal. Tiada masalah untuk melakukan amal ibadat. Kandungan telah disahkan oleh KKM"




Fakta #8
"Jenama Jenin Pomade telah berdaftar dengan MyIPO, pendaftaran jenama ini dapat mengatasi masalah pomade tiruan". Banyak jenama pomade yang telah ditiru dan sedikit sebanyak dapat menjejaskan jualan pomade kerana pengguna keliru dan bimbang terbeli pomade tiruan. Kami memantau bagi memastikan aktiviti tidak sihat ini dicegah.





Kelebihan Agen Pomade Jenin?


Apa kelebihan menjadi agen Pomade Jenin?


#1
"Produk senang jual, banyak pilihan. Buat masa sekarang kami ada mengeluarkan tiga jenis pomade, minyak jambang, pisau cukur, sikat dan baju"


#2
"Anda masih boleh menjual jenama pomade lain, kami tidak pernah menghalang agen untuk menjual pomade atau produk yang lain. Sesetengah jenama pomade tidak berkompromi dalam isu ini. Mereka memaksa anda untuk hanya menjual pomade jenama mereka sahaja."


#3
"Promosi yang berterusan. Kami dalam perancangan untuk menambah giat iklan promosi secara online dan offline melalui majalah, surat khabar dan iklan-iklan di papan tanda. Nombor-nombor telefon agen akan dipaparkan di dalam iklan tersebut bagi memudahkan pengguna berhampiran untuk mendapatkan pomade atau barangan lain."






#4
"Anda bebas untuk menjual dimana-mana medium online atau offline. Agen dibenarkan untuk menghantar pomade secara konsainan kepada kedai-kedai dan barber-barber berhampiran anda. Agen juga dibenarkan untuk melantik dropship sendiri di bawah mereka.
Oleh itu, sekiranya anda rajin, pendapatan anda adalah tidak terbatas."


#5
"Modal yang minima dengan pendapatan yang maksima. Terdapat pelbagai pakej menarik untuk agen memulakan perniagaan"


#6
"Perniagaan yang mudah, anda tidak perlu kedai yang besar, boleh menjalankan perniagaan dari rumah anda atau gerai-gerai kecil, pemeran-pemaran tanpa modal yang besar."




Rangkaian produk Jenin?


Jenin adalah jenama pomade tempatan yang mempunyai banyak variasi produk. Setiap produk mempunyai target pembeli yang tersendiri. Ini hasil daripada kajian dan pengalaman kami semenjak tahun 2013. Semua produk-produk jenama Jenin dihasilkan dengan mementingkan kualiti dan berdasarkan permintaan tinggi pelanggan.


#1 Hair Pomade by Jenin
"Ini adalah produk pertama daripada Jenin Pomade, telah melalui evolusi penukaran tin kepada yang lebih besar. Pomade ini mampu meluruskan rambut ikal dan kerinting.
Pomade waterbase, mudah dicuci, berbau harum buah-buahan (fruity scent), kuantiti 4.2 oz/120 gram, berdaftar dengan KKM. (NOT150603551K)"


#2 Matte Pomade by Jenin
"Bagi yang meminati gaya rambut yang messy look atau gaya tidak bersikat. Pomade ini menjadi pilihan. Kurang berkilat berbanding pomade biasa.
Pomade waterbase, creamy type, mudah dicuci, berbau harum buah-buahan (fruity scent), kuantiti 4.2 oz/120 gram, berdaftar dengan KKM. (NOT150902918K)"


#3 Hair Pomade by Jenin Steel Edition
"Ini adalah pomade terbaru keluaran Jenin, dengan kekuatan dan kekilatan extra. Didatangkan dengan tin beserta label besi yang menarik.
Pomade waterbase, mudah dicuci, berbau haruman lelaki, kuantiti 4.2 oz/120 gram, berdaftar dengan KKM. (NOT160305193K)"


#4 Beard Oil by Jenin
"Selain pomade, minyak jambang turut diminati oleh kaum lelaki. Minyak ini bertujuan melembutkan janggut dan jambang disamping menyihatkan serta menggalakkan pertumbuhan jambang supaya terus sihat dan kukuh"
Kandungan semula jadi, menggunakan bahan-bahan asli daripada tumbuhan dan tidak mengandundi sebarang bahan kimia, berdaftar dengan KKM. (NOT160902355K)"


#5 Straight Razor by Jenin


"Diperbuat daripada besi tulen tahan karat stainless steel. Tidak lengkap pomade tanpa alat pencukur ini. Bertujuan untuk memperkemaskan potongan rambut, misai dan janggut tanpa perlu ke kedai gunting rambut dengan kerap. tahan lama, anda hanya perlu menukar mata pisau sekiranya telah tumpul. Percuma mata pisau dengan setiap pembelian."


#6 Pomade Comb by Jenin
"Sikat ini boleh muat di dalam kocek seluar, mudah dibawa kesana-sini, dengan harga yang minima. Bahan yang digunakan adalah plastik lembut. Mempunyai gigi sikat yang rapat, dimana ia sangat sesuai untuk merapikan rambut dengan lebih kemas"


#7 T-Shirt by Jenin


"T-Shirt ini dihasilkan dengan mementingkan keselesaan pemakainya. Dengan gambar yang menarik logo "Jenin pomade" anda mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Terdapat dalam pelbagai saiz dengan 3 warna pilihan"


#TESTIMONI PELANGGAN














#TESTIMONI AGEN






#BUKTI PENDAPATAN




#PAKEJ AGEN POMADE JENIN


PAKEJ A


MODAL RM1700
(KEUNTUNGAN BERSIH 70%)


PAKEJ B


MODAL RM860
(KEUNTUNGAN BERSIH 67%)


PAKEJ C


MODAL RM650
(KEUNTUNGAN 54%)


#BAHAN PROMOSI PERCUMA




Sekarang bukan lagi masa
untuk mencipta alasan !
Tetapi adalah masa yang tepat
untuk mencipta peluang!






HUBUNGI KAMI SEKARANG!


WHATSAPP
012-7607221
(PM AGEN/BORONG POMADE JENIN)

Atau beli online terus di Kedai Pomade Online

Instagram Rasmi
Jenin Official Instagram
 Facebook Page Rasmi Pomade Jenin Facebook


copyright 2013-2017 - www.borongpomade.com


Borong Pomade